Di sebelah kudup mati bunga pakma (rafflesia azlanii) iaitu spesies bunga terbesar di dunia dengan pembesaran saiz sehingga 100sm diameter dan berat sehingga 10kg.
Menulis di batuan air terjun Sungai Enam yang dingin airnya seperti embun pagi yang mencengkam sampai ke tulang.
Oleh: Faizal Riduan
Seperti terkena badi tajuknya, saya tidak dapat membaca buku ini kerana berada di dalam zon 'panas, rata dan sesak' dari proses pembeliannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini membawa ke rumah di pinggir kotaraya Kuala Lumpur. Akhirnya saya memilih untuk membaca di persekitaran ‘sejuk, tinggi rendah dan lengang’ di Hutan Simpan Royal Belum iaitu hutan dara terbesar dengan keluasan 117,500 hektar atau kira-kira empat kali saiz negara Singapura dan berusia 130 juta tahun yang lebih tua dari Hutan Amazon! Pengalaman membaca buku di dalam persekitaran ‘yang sepatutnya’ sungguh menyeronokkan dan pastinya dicemburui oleh Thomas L Friedman. Malah saya syorkan aktiviti kembara buku ini seperti inisiatif Izwan Wahab, Ketua Operasi Baca@LRT iaitu sebuah kempen gerakan massa, “Rakyat membaca di mana-mana”.
Sama seperti buku-buku sebelumnya, “Lexus dan Pokok Zaitun” serta “Dunia Sama Rata”, “Panas, Rata dan Sesak” memberikan sudut pandang yang baharu yang bisa mengubah 180 darjah anak mata berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Estetika lingustiknya jelas mempersona dengan bukan sekadar bahasa literalnya sahaja, dia memulakan bab satunya dengan pertanyaan holistik, “Mengapa Citibank, bank di Iceland dan bongkah ais di Antartika semuanya cara pada masa yang sama?” dan bukan menyempitkan perbahasan isu hijau hanya tentang kenaikkan suhu, aras laut, teras ais, kepupusan terumbu karang dan mendapan tasik dan lautan sebagai mana yang ditemui dalam tulisan-tulisan kaku sarjana alam sekitar yang membosankan!
Ditambah dengan petikan kenyataan dari buku, majalah, akhbar dan individu persendirian termasuk temubual peribadi dari mereka yang terlibat dalam pembuatan dasar, pemain industri, pencinta alam dan komuniti setempat, menjadi seolah rantaian titipan kata-kata hikmah. Membacanya membuatkan anda percaya bahawa buku ini bukanlah ucap suara unilateral Thomas L Friedman sebaliknya adalah suara multilateral seluruh warga dunia yang mahu hidup untuk 1,000 tahun lagi.
Malah banyak babak monolog penulis buku ini yang dilahirkan pada 20 Julai 1953 semasa populasi manusia berjumlah 2.681 bilion mengusik empati pembaca. Dia turut membayangkan jika dapat hidup sehingga usia 100 tahun bermakna dia akan berkongsi dunia ini dengan lebih sembilan bilion orang pada 2053 mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Lebih sinikal Thomas L Friedman mendakwa yang manusia perlu menakluki tiga buah planet lagi! Sungguh fantastik dan imaganatif - sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini.
Keseluruhannya buku ini memfokus kepada lima masalah utama berlakunya pemanasan, perataan dan kesesakan dunia dengan angka-angka dan graf-graf yang dramatik iaitu peningkatan permintaan kekayaan ke negara kaya minyak dan ditaktor minyak secara besar-besaran; perubahan iklim yang membawa bencana; kemiskinan tenaga yang membahagikan dunia kepada dua blok, negara yang mempunyai kuasa elektrik dan yang tidak mempunyai tenaga elektrik; serta kehilangan biodiversiti secara drastik disebabkan kepupusan tumbuhan dan haiwan yang direkodkan.
Tanpa apolegetik, Thomas L Friedman membidas tanah tumpah darahnya sebagai penyebar virus penyakit ‘affluenza’ dan pesakit-pesakit ‘Americans’ dari Doha ke Dalian dan dari Calcutta ke Casablanca ke Kaherah yang tinggal di rumah gaya Amerika, memandu kereta gaya Amerika, makan makanan segera gaya Amerika dan menghasilkan sampah sarap sebanyak di Amerika seolah satu demografi seluruh dunia dihuni oleh sebegitu banyak ‘orang Amerika’! Salinan karbon peta Amerika ini sangat mencemaskan sehingga Michael V Hayden, Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) menyatakan bahawa penganalisisnya percaya trend yang paling dibimbangi di dunia sekarang bukanlah keganasan tetapi corak demografi.
Dengan melihat dunia yang semakin panas, rata dengan kemunculan kelas pertengahan dengan kuasa beli yang tinggi di seluruh dunia dan sesak dengan pertambahan penduduk dunia secara berterusan kira-kira satu bilion setiap 13 tahun, Thomas L Friedman telah membuktikan bagaimana pasca 9/11, Taufan Katrina dan dunia di hujung jari ekoran dengan pasport ‘internet tanpa negara’ yang diakses oleh tiga bilion manusia maka isu iklim dan tenaga bukan soal kecil dan terpencil sebaliknya era baharu iaitu Era Tenaga-Iklim yang membawa revolusi teknologi tenaga boleh menjadi ‘penawar mujarab’ dan ‘racun berbisa’.
Kemudian dengan penuh bertanggungjawab, penulisnya yang juga warganegara Amerika Syarikat mengesyorkan keperluan negaranya menerajui revolusi ini melalui Presiden Revolusi Hijau yang pertama dan Bai’ah Baru Hijau dengan dipacu oleh generasi hijau. Pengharapan beliau nyata tinngi kerana kali pertama dan terakhir komitmen kerajaannya dapat dilihat semasa kepimpinan Al-Gore, mantan Timbalan Presiden yang juga penerima hadiah Nobel Keamanan 2007 selepas menerbitkan filem dokumentari An Inconvenient Truth.
Thomas L Friedman menulis dari pengalaman ‘jauh perjalanan luas pemandangan’ pada dekad yang lalu yang disifatkannya sebagai kelas kesarjanaan di tapak penyelidikan kumpulan Pemuliharaan Antarabangsa (CI) di beberapa tompok panas biodiversiti dan kawasan terancam lain - dari tanah bencah Pantanal di barat daya Brazil hingga ke hutan hujan Atlantik di bahagian pantai Brazil, dari hutan belantara Guyana Shield di selatan Venezuela hingga ke stesen penyelidikan burung macaw di Rio Tambopata di tengah hutan Peru, dari bahagian tanah tinggi Shangri-La di bahagian Tibet yang dikuasai China hingga ke hutan tropika di Sumatera dan pulau terumbu karang di Bali, Indonesia. Lebih awal dari itu, dia pernah berkelana seorang diri ke Masai Mara di Kenya, Ngorongoro Crater di Tanzania, ke kawasan kontang luas terbang di Empty Quarter di Padang Pasir Arab Saudi dan ekspedisi ke kubah garam di Laut Mati. Membaca travelog Thomas L Friedman memberikan pengalaman melancong ke destinasi bencana ekosistem rentas benua. Jika Amerika Syarikat mengkagumi Christopher Columbus sebagai penemu ‘Dunia Baru’ maka tidak salah untuk mengangkat adiwira pengembaraan abad ke-20 dan 21, Thomas L Friedman sebagai penemu ‘Dunia Bermasalah’.
Namun apakah penyelesaian bagi semua permasalahan biodiversiti ini? Ada yang beranggapan kunci permasalahan tenaga ini cuma satu, tiada pendua iaitu pereka cipta yang sebijak Thomas Edison yang akan merekacipta penemuan ajaib bagi menjana kuasa berlebihan, bersih, boleh diharap dan murah. Jawapan ringkas Thomas L Friedman penuh dengan falsafah kebijaksanaan, “Kita perlukan sejuta Nabi Nuh bersama sejuta bahtera Baginda!” Seperti pelaksana sunah ‘Nabi Nuh’, Dr Jatna Supriatna seorang profesor bioantropologi dan Arifin Panigoro seorang usahawan tenaga yang ditemui Thomas L Friedman di Batang Toru dan Batang Gadis, Indonesia, saya yang menginap tiga hari dua malam di Belum Rainforest Resort bagi mentelaah buku 579 muka surat juga boleh berbangga dengan pemiliknya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar seorang pemaju hartanah kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan sebagai ahli sunah ‘Nabi Nuh’ di Malaysia dengan Pulau Banding sebagai bahteranya.

4 ulasan:
Anda mempunyai bakat menulis, apa kata tubuhkan satu club membaca ala ala OPRAH? Saya rasa akan dapat sambutan. Selamat mencuba.
Terima kasih.
Baiklah untuk permulaan saya akan mencuba mengulas beberapa buah buku terlebih dahulu. Saya jua berharap yang rakyat Malaysia akan menjadi pengemar kepada program-program berkaitan dunia buku.
hebat.. teruskan.. tapi rugi tak dapat tolong masa faizal tanya akak apa ayat yg sedap utk maksud "pokok dari dekat pandangannya lain tapi semakin jauh berlapis-lais semua warnanya nampak hijau yang sama"... ha ha ha
kak sham
Kak Sham,
Tidak mengapa. Apapun akhirnya ulasan ini telah diterima juri sebagai pemenang tempat pertama. Jika ada hadiah lebih tinggi dari tempat pertama maka maksud daripada ayat tersebut akan lebih banyak membantu. Selain Kak Sham, tuan Hishamuddin Rais turut dijadikan tempat titik rujuk. Dia juga membantu dengan senang hati. Akan datang hadiah kamera Lumix GF2 ini wajib memotret gambar-gambar pembantu sebagai tanda dedikasi eheheh.
Catat Ulasan