03 Oktober 2008

JEMPUT BERTAMU, UNDANG BERTANDANG




Seperti Hari Raya Aidilfitri yang saya lalui 27 tahun yang lalu, Kuala Lumpur sememangnya tidak menjanjikan apa-apa yang indah di sini. Dalam 365 hari, inilah hari yang paling membosankan dan mengosongkan di Kuala Lumpur.
A
Oleh itu, saya lebih betah menghabiskan masa di rumah dan menanti kunjungan tetamu. Tahun ini saya memperuntukkan segala idea, tenaga, masa dan kewangan untuk mendekorasi rumah menjadi syurga impian saya. Ini mungkin hadiah kecil yang tidak seberapa daripada seorang anak kepada kedua ibubapanya.
A
Tidak kurang tetamu yang menyapa, "...seperti dalam Casa Impian / Deko Bersama Eric". Tidak dapat dipastikan adakah mereka memuji atau memerli? Seikhlasnya saya belum pernah menonton rancangan tersebut dan sekadar mengemashias dengan citarasa gerak hati. Saya hanya mampu menjawab, "Ini idea ori. Yang pasti ini bukan rumah Eric Leong!".
A
Apapun rumah ini didedikasikan dengan pintunya terbuka untuk semua tetamu. Kunjungan anda bila lagi? Usah berketuk, silakan masuk! Jemputlah bertamu, undanglah bertandang ke teratak rumah kecil kami ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

7 ulasan:

Hunt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Linda S. Socha berkata...

Very interesting blog. I wish I could speak the language. Thank you for sharing the photos.
Linda

Tanpa Nama berkata...

blog anda sangat menarik..

terima kasih kang padjar Jawa Timur Indonesia

Tanpa Nama berkata...

credit untuk orang yang tangkap foto ini. hehehehe, bil akan sampai tak lama lagi.

Unknown berkata...

Ya hampir terlupa dedikasi foto ini adalah dari ihsan En Mukhiffun Mukapit. Rasanya pembayaran bil tersebut telah disertakan dalam sampul raya si kecil bernama Fateh.

Tanpa Nama berkata...

mmg btol rumah anda spt dlm casa impian..cantik dan kemas..saye paling suke tgk langsir yang menarik itu..dan balang kuih yang meriah..hehe

Unknown berkata...

Tuan Shaz,

Terima kasih tetapi dengan sedikit pembetul ini adalah rumah keluarga saya. Saya masih bujang dan belum mampu untuk memiliki kediaman sendiri.

Erm tetapi balang kuih itu adalah kepunyaan saya eheheh.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.