Minggu ini adalah antara minggu yang mengembirakan saya. Seperti biasa saya membaca majalah Milenia Muslim keluaran Oktober 2008 tetapi mungkin agak terlewat kerana kesibukan lebaran pada awal bulan. Tiba-tiba apabila menyelak muka surat 24-28 saya agak teruja untuk membaca semua artikel tentang masalah belia akar umbi dan pergerakan pertubuhan belia itu sendiri (seikhlasnya banyak artikel yang lebih baik dalam keluaran bulan ini seperti artikel 'Mitos Tamadun Petroleum').
Saya dengan lahapnya menghadam semua perkataan sepatah demi sepatah, sebait demi sebait, sebaris demi sebaris, seperenggan demi seperenggan. Apabila sudah habis membaca saya bertanya sendiri "Macam pernah kubaca artikel ini? Tetapi di mana ya?".
Sayapun tanpa berfikir panjang terus memandang ke sudut kini di bahagian atas untuk melihat penulisnya - 'Faizal Riduan'. "Erm patutlah kesal hati saya!".
Maaf ya jika berkongsi lawak keterujaan di sini. Tetapi semestinya perkara pertama dalam hidup wajar diingati kemanisannya seperti cinta pandang pertama. Apapun saya tidak dapat menyorokkan rasa terhutang kasih dan budi kepada En Zulkafly Baharuddin, Editor Milenia Muslim atas izinnya dapat artikel tersebut diterbitkan.
Terima kasih zat kalsium, lepas menulis tunggu honorarium!
2 ulasan:
Walaupun aku tak baca lagi, mesti ayat-ayatnyer best dan isi yang mampan, idea yang baru dan jitu, harap2 bukan idea dan ayat artikel yang lepas2..hehehehe
Tuan Khiffunz,
Artikel saya dalam majalah Milenia Muslim adalah mengenai wawancara saya dengan pemimpin belia akar umbi dan sebuah lagi artikel mengenai realiti pertubuhan belia di Malaysia.
Artikel tersebut adalah eksklusif untuk pembaca Milenia Muslim sahaja. Dan saya sebenarnya baru balik dari UKM untuk sesi bual bicara bagi subjek berkaitan belia.
Catat Ulasan