03 April 2013

YANG MENGENDONG KEJATUHAN, YANG MENGEJAR KESUNGKURAN

بسم الله الرحمن الرحيم Assalammualikum WHB Salam sejahtera dan salam 1Bloggers Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia, saya sudah pun mengadap Raja Internet Paul Baran, Raja Google Bersaudara Larry Page dan Sergey Brin serta Raja Facebook Mark Zuckerberg bagi memohon perkenan supaya gambar-gambar lama saya dibubarkan dan diganti dengan gambar pendudukan saya di Putrajaya berkuatkuasa hari ini. Dengan itu, saya menasihatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mencemburui momen terbaik gambar ini di Perdana Putra, Putrajaya. Semoga kedua-dua pemimpin besar negara ini mengamalkan politik muafakat dan hormat supaya tidak menurut pepatah baru, "Yang mengendong kejatuhan dan yang mengejar kesungkuran.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.