27 Oktober 2008

MENYELUSURI JEJAK MEGAT TERAWIS

Semalam saya berkesempatan memenuhi undangan Majlis Perhimpunan Keturunan Megat Terawis Malaysia di Bandar Di-Raja Kuala Kangsar. Megat Terawis dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja adalah Bendahara Perak yang pertama yang datang bersama Sultan Muzaffar Syah I dari Kampar, Pagar Ruyung untuk dimashyurkan sebagai Sultan Perak yang pertama.
a
Saya berkesempatan berbual bicara dengan Presiden baru persatuan keturunan keluarga ini iaitu Tan Sri Megat Najmuddin bin Tan Sri Megat Khas. Saya turut kagum dengan silat dan busana Persatuan Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu yang dikatakan sebagai mewarisi kepahlawanan Megat Terawis.
a
Saya juga telah ditunjukkan dengan salah satu keris pusaka Megat Terawis yang bernama "Aral Melintang". Saya mengucupnya sambil membayangkan kedatangan Megat Terawis di Sungai Perak pada tahun 1928.
a
"Jika benarlah inilah keris yang dibawa oleh Megat Terawis ke negeri Perak, keris pusaka yang banyak menumpahkan darah atas nama Raja Melayu maka bertuahlah saya dapat mencium keris keramat ini," kata saya kepada warisnya.
a
Tiba-tiba hati saya memberontak bagaimana satu keturunan sahaja yang kini telag mempunyai 18 generasi sejak 1528 boleh dikatakan sebagai pendatang? Saya kini bersemangat untuk menyudahkan artikel menyanggah logika Melayu sebagai kaum pendatang.

4 ulasan:

khiffunz berkata...

Bila berkisah pada sejarah tanah melayu, adakah benar-benar sejarah yang kita baca di dalam buku teks sejarah samada SPM, PMR dan STPM itu benar-benar tulen sejarah melayu. Tertarik pada satu blog yang dibangunkan oleh satu pasukan yang melihat jejak-jejak sejarah dari perspektif tempatan bukan dari barat agar kita tidak buta sejarah. lawatilah http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Faizal,

Apa khabar Faizal sekarang?

Tahniah kepada keluarga Megat Terawis yang banyak berjasa kepada Negeri Perak.

Elok kamu teruskan penulisan kamu itu, semoga berjaya. InsyaAllah.

Faizal Riduan berkata...

Tuan Khiffunz,

Benar sejarah kadangkala ditulis oleh pihak yang menang maka sudah barang tentu isinya berkisar tentang mengagungkan kemenangan mereka dan mengambuskan musuh-musuh mereka. Jadi jalan cerita sejarah itu seringkali keasliannya mencabar dari kronologi peristiwa yang sebanar.

Tuan Melayuangkat,

Terima kasih saya telah menyiapkan penulisan tersebut yang akan disiarkan di dalam majalah Milenia nanti.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Faizal,

Sahabat karib masa sekolah,tak sangka kamu berminat menulis artikel pasal menjejaki keturunan Megat Terawis,berbangga kerana aku salah seorang dr keturunan beliau. Apapun keturunan ini bukan pendatang kena rujuk sejarah Tamadun Melayu itu sendiri. Seharus sahabat ku jika masih berminat sila jejaki asal usul bangsa melayu. adakah bangsa melayu itu adalah susur galur dr keturunan Nabi allah Yaakub. adakah benar bangsa ini akan bangkit bersama panji Islam menentang golongan (DAJJAL) yang ingin menguasai dunia dan menghapuskan Islam. Itu adalah satu kajian yg lebih penting kerana zaman kita makin menghampiri kepada kebinasaan ada baiknya bangsa Melayu ini di beri kesedaran tentang apa yg bakal kita hadapai masa depan kelak insyallah.

Megat Zamzuri Megat Shafie @ Clan of Megat Terawis.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.