27 Februari 2009

KEMBARA BERSAMA M. NASIR

Sebulan sebelumnya, ketika menyaksikan "Puteri Gunung Ledang The Muzikal", saya terpaku melihat iklan promosi Konsert Alam M. Nasir dalam lukisan yang abstrak seperti juga irama dan lirik lagunya yang penuh falsafah dan alamiah. Sebenarnya saya masih berharap Hang Tuah versi layar perak itu diturunkan sebagai Hang Tuah ke Panggung Sari, Istana Budaya - 'Pentas Bertaraf Dunia'. Walaupun Stephen Rahman Hughes jauh lebih kacak dan maskulin namun susuk watak M. Nasir itu sendiri sudah berrohkan Laksama Hang Tuah.

Namun, ini tidak sedikitpun mengurangkan rasa kagum saya terhadap bakat Stephen apabila beliau menarik vokal tertingginya dengan penuh fonetik saya terreflaks bangun dan bertepuk tangan - satu penghormatan untuk vokalis kumpulan opera Teatro yang dianggotai bersama seorang warga Amerika dan 3 orang warga British. Lakonan aktor dalam teater West Side Story dan Bombay Dreams di West End Theatre - teater tertinggi komersil Inggeris yang ditonton lebih 13 juta orang pada tahun 2007 ini tidak perlu dipertikaikan jauh lebih baik dari pelakon utama 'box-office' tempatan! Cuma mungkin baka 3 sukunya iaitu kacukan British, Pakistan dan Melayu
menampakan batang tubuh Hang Tuah diangkat terlalu universal dan antarabangsa!

Berbalik kepada Konsert Alam M. Nasir iaitu satu perjalanan seni M. Nasir menjangkau tiga puluh tahun bergelar anak seni dari sejarah awal mengasas kumpulan Kembara. Sememangnya dedikasi beliau terserlah melalui kata ganti diri ke-duanya sebagai 'sifu' bukan sahaja kepada Alleycats, Search, Wings, Ella, Hattan, Spider dan Mawi tetapi keseluruhan industri muzik Malaysia.

M. Nasir sebenarnya bukanlah sekadar penyanyi, pemuzik, pelakon dan pelukis sebaliknya saling tidak tumpah pembawaan sang sasterawan, budayawan dan ahli filosofis sehingga pernah memprovokasi khalayak politik dengan soalan kritikal, "Siapa Mahathir?". Malangnya
'method of enquiry' ala Socrates itu gagal di-'pulang paku buah keras'-kan sebaliknya respon balas lebih kepada `the lost art of argument`, fenomena yang dibayangkan oleh Christopher Lasch dalam karyanya “The Revolt of Elites and the Betrayal of Democracy”. Melihat 28 tahun kebelakang, seusia saya dilahirkan yang kini telah menginjak dewasa, M. Nasir selayaknya sudah sekian lama di-Datuk-kan dan di-Sasterawan Negara-kan!

Sebagai seorang peminat nombor wahid M. Nasir selain Ramli Sarip, satu kekesalan saya kelewatan 10 minit untuk menyaksikan 'Grand Opening' konsert ini. Lebih malang lagi saya kehilangan tiket pada sat-saat akhir! Walaupun nama saya berada dalam senarai rekod kerana menempah secara dalam talian namun kecuaian saya itu hanya boleh dimaafkan dengan caj tambahan RM10 bagi pengeluaran tiket baru. Kelewatan kian bertambah 10 minit lagi apabila kemudian saya tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung sehinggalah pada lagu "Ekspres Rakyat".

Namun sebaik dibenarkan masuk ke dalam panggung saya seolah masuk ke alam lain persis alam bunian yang memukau, asyik larut dalam irama, lagu dan gema suara yang bersatu. Dari genre pop, keroncong, tradisional, balada dan irama Malaysia persembahan M. Nasir nampak asli dan ori apatahlagi dengan busana bercitra tempatan yang digayakan dengan lenggok tari gaya bebas seorang lelaki Melayu terakhir - mungkin. Rasa hampa, kecewa dan ralat kemudian bertukar menjadi harmoni dan damai sekali - begitulah hebatnya aura M. Nasir!

Satu lagu yang paling melankolik yang benar-benar dapat mengungkap nostalgik cinta yang tragik saya lalui semasa dalam pengajian 5 tahun yang lalu datang secara 'flash back'. Malam itu saya dapat rasai kembali kehangatan air mata yang kecewa dan kesayuan hati yang rawan dalam bait-bait lagu 'Keroncong Untuk Ana' (harap maklum : saya tidak pernah mempunyai kekasih bernama Ana!).

"Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu"
...
"Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku"

Ahh... saya dapat rasakan M. Nasir menujukan lagu ini kepada saya, bagai terkena batang hidung sendiri saya rasa diperli sama sekali! Atau saya yang perasan keseorangan kerana cinta yang tidak kesampaian sebenarnya adalah satu perasaan teragung yang punah, ranah dan musnah yang dikongsi oleh sebahagian ramai orang - bukan saya seorang!

Namun seperti direnjat, saya terus tersedar ke alam nyata dari pukauan khayal sihir M. Nasir apabila rakan saya pada malam ini tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan kematian abang iparnya! Dia bertanyakan saya "Bolehkah kita balik sekarang?" dan saya secara ikhlasnya menjawab "Mengapa tidak? Abang ipar kamu lebih penting dari M. Nasir! Dan kamu adalah M. Nasir saya", walau saya sedar terpaksa menunggu entah berapa tahun lagi memandangkan konsert sebelum ini ialah Konsert Andalusia di Stadium Negara pada tahun 2000. Dari tahun 2000 hingga ke tahun 2009 adalah satu penantian yang panjang dan diharapkan ini bukanlah konsert terakhir M. Nasir - satu permintaan.

Ya, saya hanya masuk pada pertengahan konsert dan tidak dapat menyaksikan permulaan dan pengakhiran konsert yang biasanya lebih dramatik dan klimaktik. Namun sebenarnya tujuan saya pada malam ini telah tercapai untuk kembara bersama M. Nasir seorang sahabat paling akrab yang kini saya kurang meluangkan masa bersamanya. M. Nasir yang saya maksudkan bukanlah Mohamad Nasir bin Mohamad sebaliknya ialah Mohd Nasir bin Selamat!

7 ulasan:

amer zaman berkata...

memang seronok...

Faizal Riduan berkata...

Tuan Amer Zaman,

Keseronokan yang berbaloi untuk dibayar harga tiketnya eheheh.

khiffunz berkata...

salam, wah, best, seronoknyer, sedihnyer, ana hanya kekasih dan isteri ku. hahahaha.....

ratnakesuma berkata...

M. NASIR.

aku juga peminat beliau sejak diperkenalkan oleh ibuku.


namun, hingga kini aku masih lagi tidak dapat memaknakan seorang M. NASIR itu bila dia adalah dia.


aku sendiri kurang mengerti.



p/s: jeles sbb x dpt pg konsert... :-)

Faizal Riduan berkata...

Tuan Khiffunz,

Memang benar kekasih dan isteri tuan bernama Ana tetapi lagu 'Keroncong Untuk Ana' ini secara automatiknya tidak signifikan dengan tuan ehehheh. Ini kerana lagu ini adalah kisah cinta yang tidak kesampaian malangnya dalam kes tuan cinta itu telah beranak-pinak dengan seorang bayi bernama Fateh!

Tuan Ratnakesuma,

Ya, sukar untuk kita memaknakan orang lain seperti juga sukarnya saya memaknakan tuan. Oh ya tuan jeleskah? Mengapa tidak beritahu awal, jika tidak saya tidak keberatan untuk menaja tuan ehehehh.

Saudagar Mimpi ... berkata...

Salam perkenalan saudara.
Sedih giler saya membaca pengalaman pahit maung saudara pergi ke konsert itu.
M Nasir bin Selamat? hehehehheheheh

Faizal Riduan berkata...

Tuan Saudagr Mimpi,

Harap maaf jika tuan terkeliru. Sebenarnya saya pergi ko Konsert Alam M. Nasir bersama sahabar baik saya En Mohd Nasir bin Selamat.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.