20 Oktober 2008

KREDIT UNTUK RAKAN BLOGGER


Di kesempatan ini saya ingin memberikan kredit ucapan terima kasih kepada rakan blogger yang memetik artikel saya ke dalam blog mereka dan ianya sekaligus memberikan akses ke blog saya. Kepada semua pengunjung yang lain, artikel saya ini hak ciptanya adalah terpelihara di sisi undang-undang namun pengecualian diberikan secara bebas untuk memuat-turun asalkan ianya perlu memberikan kredit sumber petikan dari penulis asal dan blog ini.

2 ulasan:

khiffunz berkata...

Tahniah.. Luaskan empayar keilmuan anda selagi yang terboleh, segalanya amal jariah dan perkongsian ilmu yang bijak. Aku tak der blog lagi, kalau tidak memang dah masuk. hehehehe. kalau ada pun tak terpopular.

Faizal Riduan berkata...

Terima kasih,

Tuan Khiffunz akhir-akhir ini saya sangat kesibukan dan tidak dapat menulis seperti biasa. Tetapi ada beberapa isu yang telah terlepas akan saya ulas dalam rencana dengan bahan dan material yang telah saya kumpulkan. Tuan buatlah blog tuan, saya akan sentiasa membaca dan memberikan komentar eheheh.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.