09 Oktober 2008

PERTAMA BERKULIAH DI UKM

Bersempena dengan rencana saya yang diterbitkan dalam isu khas majalah Milenia Muslim, saya telah mendapat undangan untuk memberikan sedikit kuliah (agak janggal digunakan untuk yang bukan pensyarah seperti saya) tentang realiti pertubuhan belia di Malaysia.

Perbicaraan saya lebih berkisar tentang rencana tersebut dengan beberapa isu dan fakta tambahan. Saya agak kaget mulanya kerana mahasiswa mungkin agak teruja bukan disebabkan oleh tajuk ini kerana saya percaya ini adalah tajuk yang rutin dengan subjek mereka yang diajar selama satu semester. Tetapi mungkin kerana dapat mendengar sendiri pandangan dari seorang penulis kecil yang biasanya ideanya hanya tercetak di atas kertas yang akan kusam.

Apa yang pasti saya lebih teruja apabila melihat mahasiswa hari ini kurang idealisme dan jati diri sehingga apabila saya menyoal meminta mereka memberikan contoh pertubuhan belia maka salah satu jawapan ialah "Rakan Muda". Kasihan pula melihat mereka apabila saya terpaksa memberikan penerangan tambahan tentang apa itu pertubuhan kerajaan termasuk kementerian dan agensinya, badan berkanun seperti universiti merek sendiri dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam sesi soal-jawab mahasiswa lebih berputar tentang isu sikap melabel dan kepentingan kebebasan dalam keterbukaan, saluran untuk menyuarakan isi hati golongan belia selain melalui pertubuhan belia dan juga sedikit perbandingan dengan pertubuhan-pertubuhan Cina yang dilihat lebih aktif.

Saya menjawab apa yang boleh disumbangkan oleh mereka, "Anda boleh menulis surat kepada editor seperti apabila saya memberikan komentar terhadap isu gaji kakitangan awam 2 kali sebulan dan relevensi cuti umum 16 September walaupun belum tentu Pak Lah membacanya atau membekas dijiwanya". Ayat terakhir 'membekas dijiwanya' disambut dengan gelak ketawa yang sangat lelucon sifatnya. Saya rasa mereka ketawa kerana penggunaan ayat saya yang mungkin sedikit bombastik dan sasteratik. Paling tidak mereka pasti akan mendapat 'mood' profesor pelawat dari Indonesia itu!

1 ulasan:

khiffunz berkata...

Marilah kita bersama-sama membina belia melayu islam yang berjaya seperti Ali bin Abu Talib,Usamah bin Zaid,Abdullah bin Abu Bakar, Asma' binti Abu Bakar dan
lain-lain lagi.Kehebatan golongan belia pada zaman Rasulullah s.a.w. terserlah apabila mereka bersungguh-sungguh
melakukan segala yang boleh memberi kebaikan kepada islam. Maka pertubuhan itu adalah wadahnya tetapi melihat juga pada siapa yang merencanakannya.

Deklarasi

Ini adalah sebuah jurnal akademik dan ilmiah. Ianya mendukung kesemua prinsip Rukunegara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan', 'Kesetiaan Kepada Raja & Negara', 'Keluhuran Perlembagaan', 'Kedaulatan Undang-Undang' dan 'Kesopanan & Kesusilaan'. Segala keterbukaan jurnal ini dalam berpendapat dan berpandangan dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Namun ianya masih tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. Justeru, ia perlu ditunjangi dengan etika dan profesionalisme sebagai penulis dan pengamal media serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.